Harga melonjak dengan sempurna daripada tahap sokongan utama kami pada 0.7966 (lanjutan Fibonacci, anjakan Fibonacci, sokongan rendah ayunan mendatar, perbezaan harga) dan kami menjangkakan untuk melihat kenaikkan harga yang selanjutnya daripada tahap ini sekurang-kurangnya ke tahap rintangan 0.8051 (Anjakan Fibonacci, rintangan tinggi ayunan mendatar).
Stokastik (34,3,1) kini menemui tahap sokongan kuat di atas 8% di mana kami menjangkakan kesinambuangan aliran menaik yang seterusnya. Kita juga boleh melihat perbezaan menaik berbanding harga yang menyebabkan pembalikan harga akan berlaku.
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7966. Pesanan Stop loss ditetapkan pada tahap 0.7935 dan Take Profit pada tahap 0.8051.
