
Kedua-dua sasaran kenaikan harga yang kami ramalkan dalam analisis terdahulu telah dicapai. Prospek kenaikkan harga masih kekal untuk pasangan mata wang USD/JPY. Pasangan mata wang ini dilihat telah membuat lonjakan menaik selepas menembusi di atas sempadan atas corak segi tiga. Momentum menaik diperkukuhkan lagi oleh kenaikan pada kedua-dua Moving Average (MA) 20 dan 50. Indeks kekuatan relatif kini menaik dan mendorong kepada kenaikkan harga yang lebih tinggi.
Kesimpulannya, di atas tahap 111.80, perhatikan cabaran baru dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 113.30 dan 113.75.
Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan daripada ramalan, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 111.80 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 111.50.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 111.80, Take Profit: 113.30
Tahap Rintangan: 113.30, 113.75 dan 114.15
Tahap Sokongan: 111.50, 111.20, dan 110.80