Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 27 September, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-09-27T08:25:42

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 27 September, 2017

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 27 September, 2017

Gambaran Keseluruhan:

  • Pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat tidak membuat sebarang pergerakan harga yang ketara semalam. Tiada perubahan dalam gambaran teknikal kami. Pasangan mata wang ini kekal diniagakan dengan prospek kenaikkan harga dalam tempoh terdekat menguji tahap 0.9828 atau lebih tinggi. Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan terus meningkat daripada kawasan 0.9674-0.9660 dalam jangka panjang. Harga semasa dilihat terletak pada tahap 0.9674 yang mewakili tahap utama pada hari ini. Perlu diingatkan bahawa sokongan telah ditubuhkan pada tahap 0.9674 yang mewakili titik pangsi harian pada carta 1H. Harga mungkin akan membentuk 'double bottom' dalam carta masa yang sama. Oleh yang demikian, pasangan mata wang USD/CHF kini menunjukkan tanda-tanda kekuatan berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 0.9743. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9743 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9790 untuk menguji rintangan harian 2. Selain itu, perlu diperhatikan bahawa tahap 0.9790 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit. Selain itu, RSI masih menyatakan isyarat aliran menaik sebagaimana harga kekal mengukuh di atas Moving Average (100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan diniagakan lebih tinggi dalam beberapa jam akan datang. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap 0.9790, maka pasaran akan mendorong pasaran kenaikan harga yang kuat ke arah sasaran 0.9828 pada hari ini. Walau bagaimanapun, jika penembusan harga berlaku pada tahap 0.9620, senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...