EUR/USD: Pasangan mata wang ini telah mengalami kerugian kira-kira 200 pip pada minggu ini. Harga kini diniagakan di bawah garis rintangan pada tahap 1.1750, menuju ke garis sokongan yang terletak pada tahap 1.1700. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga di dalam carta 4 jam, dan pasangan maat wang ini diramalkan akan mensasarkan pergerakkan ke garis sokongan tambahan 1.1650 dan 1.1600 dalam beberapa hari yang akan datang.

USD/CHF: Terdapat prospek kenaikkan harga pada pasangan mata wang USD/CHF. Rintangan yang terletak pada tahap 0.9750 telah diuji dan berkemungkinan akan diuji sekali lagi. Apabila harga menembusi tahap rintangan untuk meneruskan aliran menaik, rintangan seterusnya yang terletak pada tahap 0.9800 dan 0.9850 berkemungkinan akan diuji. Walau bagaimanapun, aliran menaik pada pasangan mata wang EUR/USD boleh menyebabkan kejatuhan pada pasangan mata wang USD/CHF.

GBP/USD: Pembetulan penurunan harga pada baru-baru ini telah menghasilkan isyarat "menjual" di pasaran. EMA 11 pada dasarnya berada di bawah EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di bawah paras 50. Adalah diramalkan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini akan melanjutkan pergerakkan penurunan harga secara berperingkat atau pergerakkan penurunan harga mungkin akan menjadi eksponen.

USD/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran menaik - EMA 11 berada di atas EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di atas tahap 50. Selagi mata wang dolar AS diniagakan kukuh berbanding yen, kesinambungan aliran menaik adalah diramalkan. Beberapa laproan ekonomi penting yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini berpotensi untuk mempengaruhi pergerakkan pasaran.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY diniagakan lemah pada awal minggu ini, dan ia telah diniagakan mendatar sejak daripada itu. Terdapat corak pengesahan yang jelas dalam pasaran, yang menandakan bahawa apabila momentum pulih, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan memihak kecenderungan penurunan harga. Ramalaan ini akan menjadi sah selagi EUR diniagakan lemah berbanding JPY.
