Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 28 September, 2017

parent
Analisis Forex:::2017-09-28T06:59:16

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 28 September, 2017

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 28 September, 2017

Kesemua sasaran yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah dicapai. Pasangan mata wang USD/CHF berkemungkinan besar akan meneruskan pergerakan menaik. Walaupun pasangan mata wang ini menyaksikan penarikan semula harga, asas sokongan pada tahap 0.9700 telah dibentuk dan telah membenarkan penstabilan harga sementara. Meskipun kesinambungan pengukuhan harga tidak berlaku, namun pergerakkan harga harus dihadkan.

Sentimen pasangan mata wang ini juga dirangsang oleh laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) bahawa pesanan barangan tahan lama mencatatkan peningkatan sebanyal 1.7% pada Ogos, mengatasi ramalan yang mengunjurkan bacaan + 0.9%. Perubahan baik dalam cukai yang dicadangkan telah menurunkan kadar cukai pendapatan korporat, mengurangkan cukai untuk perniagaan kecil, mengurangkan kadar cukai pendapatan untuk individu dan mempengaruhi beberapa cukai yang dikenakan secara meluas.

Kesimpulannya, selagi harga tidak menembusi pada tahap 0.9700. adalah diramalkan bahawa harga akan membuat pemulihan harga yang selanjutnya ke tahap 0.9770 dan 0.9790.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 0.9700, Take Profit: 0.9770

Tahap Rintangan: 0.9770, 0.9790, dan 0.9835

Tahap Sokongan: 0.9675, 0.9650, dan 0.9610

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...