Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Emas Melonjak Menuju $3,000

back back next
Jenaka Forex:::2025-02-18T09:33:15

Emas Melonjak Menuju $3,000

Logam kuning terus mengorak langkah tanpa henti, menuju rekod baharu yang memukau! Emas kini membidik paras $3,000 setiap auns troy, dan itu mungkin belum menjadi had terakhirnya!

Menurut penganalisis di Freedom Finance Global, emas berpotensi melepasi paras $3,000 dalam separuh pertama 2025. Syarikat itu menekankan bahawa dalam keadaan ketidaktentuan global, pelabur cenderung menjauhi aset berisiko. Ketika ini, dolar AS dan emas kekal sebagai pilihan utama pasaran.

Freedom Finance Global turut menyoroti kelemahan terkini dolar AS, yang dipengaruhi oleh beberapa factor antaranya, Peningkatan tarif import AS ke atas barangan dari Mexico dan Kanada, duti baharu ke atas produk China dan cukai tambahan ke atas semua import keluli dan aluminium ke AS.

Pakar percaya bahawa pergerakan harga emas dalam jangka pendek bergantung kepada keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan. Namun, dalam jangka panjang, aliran emas kekal menaik, mencerminkan permintaan yang berterusan.

Menariknya, menjelang pilihan raya presiden AS pada akhir 2024, harga emas mendaki selama beberapa bulan berturut-turut. Logam berharga ini melepasi paras $2,700 setiap auns buat pertama kali pada akhir September, didorong oleh ketidaktentuan politik di AS.

Walaupun kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya sempat menghentikan lonjakan emas buat seketika, harga kembali melonjak selepas pelantikannya pada Januari 2025.

Hasilnya, pada 11 Februari, emas mencatatkan rekod tertinggi $2,968 setiap auns, sebelum menetap pada $2,931. Baru-baru ini, logam kuning ini sekali lagi melonjak 2%, mengukuhkan momentumnya menuju paras psikologi $3,000.

Kongsi artikel ini:
back back next
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...