Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Bank of England memperkenalkan wang kertas lima paun polimer baharu

back back next
Jenaka Forex:::2016-10-05T02:27:13

Bank of England memperkenalkan wang kertas lima paun polimer baharu

Pada pertengahan September 2016, wang kertas 5 paun baru telah memasuki edaran di United Kingdom. Ciri utama bagi wang kertas baru adalah bahannya. Wang kertas lima paun baharu itu dicetak pada polimer.

Ia adalah merupakan inovasi terkini. Wang kertas ini adalah yang paling banyak digunakan di UK dan menjadikan jangka hayatnya singkat serta tidak mampu untuk bertahan lebih lama. Wang polimer ini lebih tahan lasak. Bagi mereka yang terlupa bahawa terdapat wang kertas di dalam poket pakaian dan telah dibasuh, kini mereka boleh menarik nafas lega kerana wang kertas lima paun baru ini bersifat tidak menyerap, kalis debu dan cecair dan tidak mudah koyak walaupun telah dibasuh di dalam mesin basuh. Selain itu, wang polimer mampu untuk menangani jenayah pemalsuan wang berikutan sifatnya yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan yang lebih moden selaras dengan kemajuan terkini dalam teknologi cetakan wang kertas. Wang kertas polimer ini juga menggambarkan nilai yang lebih jelas dan mempunyai 'tanda sentuhan', memudahkan orang buta/kurang penglihatan untuk mengecam nilai wang itu. Nota itu juga menampilkan potret Sir Winston Churchill, legenda negarawan British.

Wang kertas baru itu menandakan permulaan percetakan mata wang yang dikemaskini di UK. Bank of England merancang untuk menarik balik wang kertas lama secara berperingkat daripada edaran dalam tempoh yang terdekat ini. Walau bagaimanapun, wang kertas lama masih sah diperlakukan. Cetakan pertama bagi wang kertas polimer berjumlah 440 juta keping.

Kongsi artikel ini:
back back next
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...