Korea Selatan, Samsung Electronics Company telah mengantung operasi pengeluaran telefon pintar Galaxy Note 7, sebuah laporan media massa tempatan mendedahkan. Perbadanan itu berkata pelan bekalan model ini telah diselaraskan untuk mengesahkan keselamatan penggunaannya.
Maklumat mengenai penggantungan operasi pengeluaran Galaxy Note 7 muncul selepas laporan mengenai model telefon pintar baru itu terbakar semasa penerbangan ke AS. Namun, Samsung mengatakan telefon pintar itu adalah selamat.
Pengguna telefon pintar berkata beliau telah menukar telefon pintar Galaxy Note 7 kepada peranti gantian namun ia juga terbakar.
Peruncit T-Mobile Amerika Syarikat meberikan maklum balas kepada kejadian ini dan mengumumkan bahawa ia akan menghentikan jualan Galaxy Note 7 dan ia tidak akan menukar peranti Note7 itu kepada unit gantian. Peruncit AT & T juga membuat keputusan yang sama.
Skandal berhubung Galaxy Note 7 telah menyebabkan kejatuhan harga saham syarikat itu.
Pada pertengahan September, Samsung mengumumkan pembangunan perisian baru. Syarikat itu berkata bahawa pembaharuan ini akan membolehkan pemilik telefon pintar menggunakannya dengan selamat. Selain itu, pengeluar memberikan jaminan bahawa kecacatan bateri pada peranti sebelumnya telah diperbaiki.
Galaxy Note 7 telah mula dipasarkan pada Ogos. Selepas itu ia memanggil balik telefon pintar Android tersebut ekoran masalah bateri. Pakar Samsung dan beberapa pakar lain percaya bahawa alat pernati ini boleh menjadi saingan yang sesuai untuk Apple iPhone 7.