Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Arab Saudi dan Softbank bekerjasama mewujudkan dana berteknologi

back back next
Jenaka Forex:::2016-10-24T08:44:42

Arab Saudi dan Softbank bekerjasama mewujudkan dana berteknologi

Softbank Group Jepun dan Arab Saudi bersetuju untuk mewujudkan dana pelaburan berteknologi tinggi dengan modal dijangka berjumlah sebanyak AS$ 100 bilion. Kerjasama ini akan mewujudkan sebuah organisasi dana pelaburan langsung yang terbesar di dunia.

Langkah itu adalah sebahagian daripada dasar perniagaan negara yang tekah dirombak pada baru-baru ini ekoran penurunan dalam rizab kewangan negara di tengah-tengah kejatuhan harga minyak mentah. Arab Saudi merancang untuk meningkatkan pelaburan untuk industri bukan minyak dalam usaha untuk membangunkan semula ekonominya. Ketua Pegawai Eksekutif Softbank, Masayoshi Son juga menyatakan minat beliau untuk meneroka sektor-sektor lain dan meningkatkan pengaruh bank. Dana kekayaan negara bahagian Arab Saudi diramalkan akan meningkat kepada AS$ 45 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang manakala SoftBank dijangka akan melabur sekurang-kurangnya AS$ 25 bilion, menurut kenyataan yang dibuat oleh bank Jepun.

Selain itu, beberapa pelabur lain boleh menyertai rancangan ini. Penyertaan pihak ketiga boleh meningkatkan modal dana kepada AS$ 100 bilion. Walau bagaimanapun, pelabur ini masih belum dinamakan lagi. Ketua Pegawai Eksekutif Softbank berkata dana itu akan membantu meningkatkan pelaburan dalam syarikat-syarikat teknologi di seluruh dunia dan dana itu sendiri boleh menjadi pelabur terbesar. Dana itu akan diuruskan oleh anak syarikat Softbank yang terletak di Britain.

Kongsi artikel ini:
back back next
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...