Syarikat gas gergasi global, Gazprom telah menetapkan rekod baru bagi eksport harian. Syarikat gas yang disokong Rusia ini adalah merupakan pembekal gas asli terbesar di Eropah. Pada 18 Oktober lalu, Gazprom telah meningkatkan jualan gas kepada 578.9 juta meter padu sehari. Pada 21 Oktober, aliran gas meningkat kepada 590 juta meter padu sehari. Tidak lama kemudian, pada 10 November, syarikat gas gergasi ini dilaporkan telah mengeksport 591.7 juta meter padu sehari, mencecah rekod tinggi untuk sejarah industri gas Rusia.
"Selama hampir sembilan bulan pada tahun 2016, eksport gas kami telah pun menyamai jualan bagi keseluruhan tahun 2015. Masih terdapat baki dua bulan. Tahun ini, kami menjangkakan bahawa jumlah bekalan gas adalah jauh lebih tinggi berbanding 2015, "kata bos Gazprom Alexei Miller. Pada Oktober, aliran gas Eropah meningkat sebanyak 16% kepada 16.9 bilion meter padu. Ia juga mencatatkan rekod tertinggi bulanan dalam sejarah syarikat. Gazprom pernah mencatatkan jumlah yang lebih besar pada November 2007, 16.98 bilion meter padu. Pada masa kini, harga purata bagi gas yang dibekalkan di bawah kontrak jangka panjang adalah $ 170 abgi setiap 1,000 meter padu.