The National Bureau of Statistics (NBS) China berkata keuntungan bagi syarikat-syarikat industri utama di negara ini meningkat sebanyak 9.8% kepada 616.1 bilion yuan (AS$ 89.1 bilion) pada Oktober berbanding setahun yang lalu.
Keuntungan industri meningkat sebanyak 8.6% pada Januari dan Oktober berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, hampir sama dengan peningkatan sebanyak 8.4% pada bulan Januari-September.
Keuntungan dalam sektor perlombongan arang batu mencecah rekod 112.9% pada Januari-Oktober berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Keuntungan bagi pengeluaran besi dan keluli meningkat dengan ketara apabila ia mencatatkan kenaikkan 310.2% pada Januari-Oktober. Sementara itu, keuntungan pembuatan naik dengan hanya 13.2%.
Menurut pegawai NBS He Ping, pertumbuhan keuntungan adalah disebabkan oleh kenaikan harga bahan mentah dan syarikat memerlukan penambahbaikan organik untuk melihat hasil yang lebih baik.
Dalam pada itu, keuntungan syarikat-syarikat milik negara meningkat sebanyak 0.4% pada bulan Januari-Oktober berbanding setahun yang lalu, menandakan peningkatan pertama tahun ini, kata Kementerian Kewangan negara.