Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pertumbuhan KDNK UK bagi Suku Ke-3 Mengatasi Ramalan

back back next
Jenaka Forex:::2016-12-29T09:01:03

Pertumbuhan KDNK UK bagi Suku Ke-3 Mengatasi Ramalan

Ekonomi Britain berkembang pada kadar lebih cepat berbanding yang dijangkakan pada suku ketiga, sekaligus menunjukkan tiada tanda-tanda kelembapan selepas undian Brexit. Walau bagaimanapun, defisit akaun semasa negara meningkat ke paras tertinggi.

Menurut Pejabat Statistik Kebangsaan, pertumbuhan KDNK Britain pada suku ketiga meningkat sebanyak 0.6%, semakan semula meningkat 0.5% pada mulanya. Walau bagaimanapun, semakan semula bacaan bagi suku pertama dan kedua mencatatkan penurunan sebanyak 0.1% masing-masing kepada 0.3% dan 0.6%.

Meskipun ekonomi Britain tidak terjejas ekoran keputusan untuk keluar dari EU sebagaimana yang telah diramal oleh kebanyakan ahli ekonomi, kejatuhan mendadak dalam pound British tidak menyumbang kepada pertumbuhan eksport British.

Ini bermakna bahawa pertumbuhan ekonomi diransang oleh permintaan dalam negeri. Menurut wakil ONS Darren Morgan, permintaan pengguna yang terus meningkat telah membantu ekonomi UK untuk berkembang kukuh pada suku ketiga tahun 2016.

Sementara itu, defisit akaun semasa Britain meningkat kepada 25,494 bilion pound pada suku kedua.

Menurut ahli ekonomi, lonjakan inflasi yang disebabkan oleh referendum EU akan mengurangkan perbelanjaan isi rumah, oleh yang demikian kelembapan dalam pelaburan bagi sektor korporat British harus dijangka.

Dalam hal ini, ekonomi UK masih terdedah kepada risiko sekiranya kebimbangan dikalangan pelabur meningkat, terutamanya jika Britain meninggalkan EU pada asas senario 'terburuk'.

Kongsi artikel ini:
back back next
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...