Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pengeluaran minyak Rusia meningkat menjelang rekod pemotongan bekalan

back back next
Jenaka Forex:::2017-01-12T09:32:19

Pengeluaran minyak Rusia meningkat menjelang rekod pemotongan bekalan

Menurut agensi maklumat Kementerian Tenaga Rusia, Rusia telah memecahkan rekod pengeluaran pada tahun lalu, dengan mengepam sebanyak 547.499 juta tan minyak mentah. Oleh itu, pengeluaran meningkat sebanyak 2.5% dari tahun 2015. Pada Disember 2016, pengeluaran minyak mentah melonjak sebanyak 3.5% pada asas tahunan kepada 47.402 juta tan, manakala jumlah pengeluaran sehari melebihi 11 juta tong.

Ini adalah keputusan keseluruhan. Secara individu, Rosneft mencatatkan bacaan yang paling tinggi dengan jumlah pengeluaran sebanyak 189.707 juta tan. Lukoil muncul dikedudukan kedua, dengan mengepam 82.999 juta tan minyak mentah pada tahun lepas. Surgutneftegas pula berada dikedudukan ketiga dengan jumlah pengeluaran sebanyak 61.849 juta tan. Kemudian, diikuti dengan syarikat-syarikat lain seperti Gazprom Neft (37.761 juta tan), Tatneft (28.686 juta tan), Slavneft (15.001 juta tan), Bashneft (21.380 tan), dan Russneft (7 juta tan). Walaupun terdapat fakta bahawa Rosneft membeli kepentingan dalam Bashneft, keputusan mereka diambil secara berasingan. OPEC dan negara-negara bukan OPEC telah mencapai persetujuan untuk menghadkan jumlah bekalan minyak, oleh yang demikian Rusia akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 300 ribu tong sehari pada separuh pertama 2017. Kementerian tenaga Rusia berkata pengeluaran itu akan dikurangkan secara berperingkat, ekoran keadaan cuaca dan persekitaran teknologi yang mempengaruhi proses ini. Walau bagaimanapun, pakar-pakar percaya bahawa pengeluaran berkemungkinan akan berkembang pada separuh kedua 2017.

Kongsi artikel ini:
back back next
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...