Ruble Rusia memulakan tahun baru dengan kenaikkan. Permulaan dinamik membolehkan mata wang ruble menjadi salah satu daripada tiga mata wang global dengan kedudukan teratas. Pergerakan mata wang pada tahun 2017 menunjukkan bahawa ruble boleh menyaingi dengan mata wang utama yang lain,
Bersama-sama dengan ruble, dolar Australia dan Peso Colombia juga menunjukkan hasil yang positif. Sudah tentu, sekiranya satu mata wang naik, satu lagi akan turun. Oleh itu, lira Turki, peso Mexico dan pound British adalah antara mata wang yang kurang memberansangkan. Keith Jax, seorang penganalisis di Societe Generale, menyatakan bahawa mata wang ini telah mengalami susutnilai ekoran keadaan politik yang tidak stabil di negara mereka. Politik autokratik Erdogan, Brexit dan kemenangan Donald Trump adalah sebab-sebab utama yang mendorong kepada kejatuhan mendadak lira, pound dan peso. Sementara itu, kemenangan presiden Trump dan kenaikan harga minyak telah memberikan manfaat untuk ruble Rusia. Jika Presiden Amerika Syarikat yang baru mengenakan sekatan ke atas Rusia secara beransur, seperti yang dijanjikan, ruble diramal akan melonjak lebih tinggi dalam kadar yang lebih cepat.
Sebelum itu, beberapa penganalisis bebas telah mengiktiraf ruble sebagai mata wang terbaik untuk mata wang pelaburan di dunia. Terdapat beberapa kes yang kukuh: ruble naik 22 peratus pada 2016, lebih-lebih lagi, apabila Gabenor Bank Negara Rusia, Elvira Nabiullina menyatakan bahawa ruble itu tidak lagi sensitif kepada perubahan dalam harga minyak.