Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Mata wang tunggal Eropah punca masalah

back back next
Jenaka Forex:::2017-02-22T09:55:57

Mata wang tunggal Eropah punca masalah

Menurut satu sudut pandangan, euro tidak lagi menarik. Kadang-kala sentimen anti-euro muncul di kalangan negara yang menggunakan mata wang tunggal. Apa yang dulunya disebut sebagai solidariti (perpaduan) di kalangan rakyat Kesatuan Eropah secara beransur-ansur berubah kepada keinginan untuk membuat segala-galanya menjadi sedia kala. Itali tersenarai dalam negara-negara yang menghargai masa lalunya

Salvatore Rossi, Timbalan Gabenor Kanan Bank Itali, bercakap dalam sebuah program radio, didesak oleh sebahagian besar pemanggil yang berkeras menolak euro dan mahu mata wang lira kembali diguna pakai. Rupa-rupanya, perkara ini, yang disebut 'dulu lebih baik' telah samapi ke Itali. Menurut Salvatore Rossi, beberapa tahun lalu kenyataan seperti itu akan datang sebagai satu kejutan dan kini pelaksanaan senario ini boleh memberi kesan kewangan yang buruk. Semakin ramai rakyat Itali mengatakan bahawa euro adalah sebab utama kemelesetan ekonomi. Mereka masih ingat sewaktu mata wang euro mula-mula diperkenalkan dahulu, mereka hidup jauh lebih baik, lebih menarik dan muda, tidak mengatakan hal-hal yang lebih besar. Bersedia untuk pilihan raya yang dijadualkan pada Jun, ahli-ahli politik Itali telah merumitkan keadaan. Setiap calon cuba untuk menggunakan sentimen bantahan agar memberikan keuntungan kepada pihaknya dan berjanji untuk menangani masalah itu sekiranya menang, iaitu untuk mengembalikan lira ke dalam edaran, dan juga untuk memulihkan belia dan kecantikan.

Menariknya, Parti Demokratik Itali yang sedang berkuasa menyokong euro dan mahu meningkatkan integrasi Eropah, walaupun, ia mengadu peraturan kewangan di kawasan euro adalah sukar.

Kongsi artikel ini:
back back next
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...