Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Impak kemenangan Trump : harga emas melonjak tinggi

back back next
Jenaka Forex:::2017-02-23T10:07:46

Impak kemenangan Trump : harga emas melonjak tinggi

Menariknya, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kelihatan seperti rakan yang baik dan menyenangkan untuk semua orang. Di Rusia, semua orang teruja mengenai beliau. Kesatuan Eropah berterima kasih kepadanya untuk solidariti yang diberikan, dan Nato memuji tinakan beliau untuk pengembangan dan peningkatan dalam pembiayaan. Senarai 'kebaikan' Trump dilihat begitu banyak untuk dihuraikan satu per satu. Pakar-pakar berkata beliau adalah pendorong utama untuk kenaikkan harga emas!

Oleh yang demikian, ketidakpastian adalah perkara yang diperhatikan selepas Donald Trump dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-45, adalah sebab utama untuk pertumbuhan logam berharga. Pakar-pakar menyatakan pendapat bahawa trend akan diperhatikan sepanjang tempoh presiden keseluruhan. Selain itu, dengan mengambil kira bahawa Trump adalah impulsif, pada detik-detik harga emas akan meningkat ke paras rekod.

"Jika ada cara untuk mengukur ketidakpastian dalam tempoh empat tahun akan datang, kita akan mengatakan ia pada dasarnya adalah dari grafik masa sekarang," kata Pengarah VanEck Australia yang berkhidmat di jabatan pelaburan dan strategi portfolio, kata Russel Chesler.

"Sejak beberapa bulan yang lalu, semua orang yang menjadi begitu taksub dengan Trump, tindakan beliau, kenyataan dan sudah tentu tweet beliau. Kami merasakan bahawa perkara ini akan berterusan. Ia merupakan satu keadaan 'up-and-down' dan risiko-risiko ini akan menjadi positif untuk emas meneruskan kenaikkan, "tambah Chesler.

Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menyokong harga emas, sebagai contoh, Brexit dan pilihan raya di beberapa negara Eropah. Semasa tempoh yang tidak menentu ini, aset 'safe-haven' mendapat permintaan yang tinggi. Mengejutkan, sejak kemenangan Trump dan sehingga pertengahan Februari, harga emas telah melonjak naik semula sebanyak 7%.

Kongsi artikel ini:
back back next
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...