Ada pendapat yang mengatakan bahawa robot hanyalah mesin antropomorfik yang mempunyai akal tiruan dan ianya adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia. Walau bagaimanapun, fungsi robot kini dilihat telah beransur-ansur menggantikan manusia. Robot yang dimaksudkan adalah robot ringkas yang berfunsi untuk melakukan pelbagai jenis kerja.
Pada masa kini, terdapat banyak bukti bahawa campur tangan manusia tidak lagi perlu dalam kebanyakan bidang, terutama untuk sektor yang melibatkan pengeluaran berteknologi tinggi. Oleh itu, robot boleh membina kereta dan kapal terbang, memateri cip elektronik, menjawab jawapan, serta mengecat, menggilap, dan menyelesaikan perkara-perkara lain. Senarai tugas-tugas yang boleh dilaksanakan oleh robot dikemaskini setiap tahun. Sehubungan itu, Bill Gates mewakili rakyat untuk menyuarakan hak-hak mereka. Beliau mencadangkan agar robot 'dikenakan' cukai. Kadar automasi adalah terlalu cepat, oleh itu Bill Gates berpendapat bahawa proses ini boleh dikawal dengan bantuan cukai. "Buat masa ini, sebagai contoh, manusia yang bekerja di sebuah kilang dengan pendapatan sebanyak $ 50,000 dikenakan cukai seperti cukai pendapatan, cukai keselamatan sosial, dan lain-lain cukai. Apabila robot juga melakukan perkara yang sama seperti manuasia, maka robot juga perlu dikenakan cukai pada tahap yang sama," menurut jutawan itu, sambil menambah bahawa ia adalah perlu untuk berfikir tentang beberapa cara lain untuk memperlahankan kadar automasi.
Menurut anggaran Bank Dunia, lebih daripada 5 juta orang berisiko kehilangan pekerjaan mereka disebabkan oleh automasi dalam tempoh 20 tahun yang akan datang. Selain itu, risiko yang lebih tinggi di negara-negara membangun di mana proses ini telah bermula baru-baru ini dan mendapat momentum. Oleh yang demikian, kebanyakan profesion mungkin akan mengurangkan tenaga kerja manusia dan menggantikan dengan robot.