Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Dolar AS susut selepas Trump menyifatkan mata wang itu terlalu kuat

back back next
Jenaka Forex:::2017-04-14T11:48:00

Dolar AS susut selepas Trump menyifatkan mata wang itu terlalu kuat

Dolar diniagakan susut susulan satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Trump. Selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berkata bahawa mata wang negara itu kini telah menjadi terlalu kuat berbanding mata wang utama yang lain, dolar AS turun secara mendadak. "Saya rasa mata wang negara telah menjadi terlalu kuat, dan ia adalah sebahagian daripada kesilapan saya sebagaimana orang ramai terlalu percaya akan kemampuan saya. Tetapi ini bukan bukanlah sesuatu yang baik. Kita akan berdepan dengan kesulitan untuk bersaning apabila mata wang negara terlalu tinggi sementara nilai mata wang negara lain melemah," jelas Trump.

Kenyataan ini telah mencetuskan 'selloff' besar-besaran di dalam pasaran tukaran mata wang asing dengan dolar AS kehilangan sebahagian besar daripada keuntungan berbanding mata wang lain. Selain daripada mata wang negara yang terlalu kuat, Trump turut membahaskan dasar monetari Rizab Persekutuan dan hubungan negara dengan China. Pemimpin Amerika Syarikat itu telah mengubah retorik agresif ke arah China, mengatakan bahawa negara tersebut tidak pernah menjadi manipulator mata wang, walaupun sebelum ini Trump telah menyatakan kenyataan yang jelas bertentangan.

Beberapa minggu sebelum ini, Trump bersungguh-sungguh mengkritik dasar mata wang China. Selain itu, Presiden kelihatan lebih optimis mengenai Pengerusi Fed. Katanya, beliau telah bertemu dengan Janet Yellen dan masih belum memutuskan lagi untuk menggantikan beliau apabila penggalnya tamat, walaupun semasa kempen presiden Trump berjanji untuk melantik ketua baru Rizab Persekutuan.

Kongsi artikel ini:
back back next
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...