Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ekonomi China catat pertumbuhan pada kadar terpantas sejak 2015

back back next
Jenaka Forex:::2017-04-20T15:08:00

Ekonomi China catat pertumbuhan pada kadar terpantas sejak 2015

Ekonomi China berkembang pada kadar 6.9% pada suku pertama 2017, kadar pertumbuhan terpantas sejak 2015. Para penganalisis berkata perbelanjaan infrastruktur dan kredit kerajaan serta peningkatan dalam sektor hartanah telah menyumbang kepada pertumbuhan yang kukuh.

Ini adalah peningkatan daripada 6.8% kadar pengembangan dalam suku terakhir 2016 dan melepasi ramalan pakar ekonomi yang mengunjurkan kenaikkan 6.5%.

Pakar-pakar berkata momentum didorong oleh kredit yang dilihat berkembang pada suku kedua sebelum melemah.

Selain itu, pertumbuhan radikal dijangka akan meningkatkan hutang dan masalah pinjaman, manakala China cuba untuk mengelakkan ketidakstabilan jangka panjang dan krisis kewangan yang berpotensi.

Pada masa ini, nisbah hutang KDNK China berjumlah 277% berbanding dengan 125% pada penhujung 2008.

Jumlah hutang meningkat pada Mac tahun ini, walaupun pada hakikatnya Beijing mendesak sektor perbankan untuk mengelakkan risiko kewangan, dan sebahagian besar daripada pinjaman beralih kepada sumber bukan tradisional.

Data yang dikeluarkan oleh Perangkaan Kebangsaan (NBS)Republik Rakyat China (NBS), menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi mendahului jangkaan penganalisis. Sehingga kini, tanda-tanda menunjukkan ekonomi berkembang dengan kukuh. Penggunaan elektrik dan pengangkutan kereta api meningkat dengan ketara pada suku pertama.

Pada Mac, indeks pengurus pembelian (PMI) pembuatan China juga mencatatkan paras tinggi lima tahun. Pasaran perumahan masih teguh menyumbang kepada permintaan, manakala kebimbangan baru-baru ini mengenai kelemahan mata wang dan modal telah menjejaskan aliran keluar sebagaimana yuan telah stabil berbanding dolar AS. Jualan perumahan meningkat sebanyak lebih daripada 20% pada suku pertama.

Kongsi artikel ini:
back back next
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...