Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ PMI Pembuatan Zon Euro Mencapai Paras Tinggi 6 Tahun

back back next
Jenaka Forex:::2017-05-03T14:24:00

PMI Pembuatan Zon Euro Mencapai Paras Tinggi 6 Tahun

Bacaan akhir indeks pengurus pembelian (PMI) perkilangan IHS Markit berjumlah 56.7 pada April, mengatasi bacaan bulan sebelumnya yang mencatatkan sebanyak 56.2. Kenaikkan ini menandakan pemulihan terbesar dalam sektor pembuatan zon euro sejak 2011. Bacaan awal bagi bulan April ialah 56.8.

Sementara itu, PMI pembuatan Jerman susut kepada 58.2 daripada paras tertinggi 71 bulan, 58.3 pada bulan Mac. Angka April menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam aktiviti pembuatan.

PMI pembuatan akhir Perancis berjumlah 55.1 pada bulan April dengan tempahan eksport meningkat pada kadar terpantas sejak April 2011. Kadar penawaran pekerjaan dipercepatkan, dengan syarikat-syarikat optimis mengenai prospek pertumbuhan mereka.

Aktiviti perkilangan Itali mencecah paras tinggi 6-tahun pada bulan April dengan indeks PMI meningkat kepada 56.2 berbanding 55.7 pada Mac.

Dalam pada itu, PMI pembuatan Sepanyol mencatatkan 54.5 pada April, meningkat daripada 53.9 pada bulan sebelumnya. Keadaan perniagaan telah mengukuh selama 41 bulan berturut-turut.

PMI pembuatan Greece bertambah baik kepada 48.2 pada bulan April daripada 46.7 pada bulan sebelumnya. Angka ini menunjukkan penurunan kelapan berturut-turut dalam aktiviti perkilangan, bagaimanapun pada kadar yang paling lemah sejak Disember 2016.

Kongsi artikel ini:
back back next
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...