Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ 19.11.2020: USD buat pengukuhan: prospek USDX, USD / JPY, AUD / USD

back
TV Forex:::2020-11-19T13:45:46

19.11.2020: USD buat pengukuhan: prospek USDX, USD / JPY, AUD / USD

Penghindaran risiko masih menguasai pasaran. Para pelabur memilih untuk tidak membuat dagangan aktif walaupun terdapat keluaran berita mengenai penciptaan vaksin baharu. AstraZeneca menjadi syarikat ketiga yang mengumumkan kejayaan dalam pembangunan vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Oxford. Namun, penyebaran virus yang sangat cepat menenggelamkan sebarang berita yang menggembirakan. Pada hari Rabu, pihak penguasa New York mengumumkan penutupan semua sekolah dan beralih ke pembelajaran dari rumah. Manakala di Minnesota, pihak berkuasa bertindak menutup semua restoran, bar, dan tempat-tempat hiburan selama empat minggu.

Kebimbangan pelabur terhadap keadaan ekonomi global mencetuskan peningkatan dalam permintaan aset-aset safe-haven. Ia telah membantu dolar AS melonjak dari tahap 92.20, yang merupakan tahap sokongan yang cukup kuat. Walau bagaimanapun, mata wang AS tidak mungkin kembali ke paras tertinggi baru-baru ini di tengah-tengah jangkaan pasaran terhadap langkah rangsangan baharu daripada Fed. Kelihatan seperti, pihak pengawal selia akan campur tangan berikutan banyak negeri di seluruh Amerika mengenakan kembali perintah kawalan pergerakan kuarantin. Perkara seperti mungkin akan menyebabkan pelonggaran dasar monetari.

Jumlah kes baharu juga turut meningkat di Jepun dan yen dilihat terkesan dengan situasi ini. Pasangan dolar / yen berhenti daripada peningkatan 7 harinya berikutan peningkatan mata wang Jepun. Ia mencapai sasaran penurunan pertama pada 104.05. Namun, tidak mencapai paras sasaran kedua pada 103.18.

Jepun mencatatkan kes harian baharu sebanyak 2,203 kes. Pihak pakar khuatir penularan wabak gelombang ketiga akan melanda negara itu. Pada masa yang sama, Menteri Kewangan negara itu memberi kenyataan bahawa beliau tidak mempertimbangkan langkah-langkah rangsangan baharu bagi bantuan isi rumah. Beliau mendakwa keadaan tidak banyak berubah sejak perintah darurat ditarik semula.

Dolar Australia turut membuat penurunan. Sekiranya harga mengukuh di bawah tahap sokongan 0.7264, ia mungkin boleh turun ke paras 0.7222 dan seterusnya ke paras 0.7120. Para pedagang tidak membuka tawaran beli bagi pasangan AUD / USD walaupun keluaran laporan positif dari pasaran buruh Australia. Berikutan peningkatan kes baharu yang semakin tinggi, Australia Selatan telah mengetatkan perintah kawalan pergerakan kuarantin.

Keluaran data menunjukkan bahawa ekonomi Australia telah menambah 178,800 pekerjaan bulan lalu, ia tersasar jauh daripada jangkaan dengan perbezaan 30,000 hilang pekerjaan. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran meningkat ke tahap tertinggi ,sebanyak 7% sejak bulan Julai di tengah-tengah krisis coronavirus yang berpanjangan. Walaubagaimanapun angka tersebut adalah lebih baik daripada ramalan. Ekonomi menjangkakan kenaikan 7.2%.

FX Analisis: www.instaforex.com

Kalender Forex: www.instaforex.com

Berita Forex: www.instaforex.com

Carta Forex: www.instaforex.com

Buka akaun dagangan: www.instaforex.com

Peraduan InstaForex: www.instaforex.com

Blog korporat:

www.facebook.com

twitter.com

plus.google.com

#forex_news # asian_session #instaforex_tv

Kongsi artikel ini:
back
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...