Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Tindakan undang-undang berprofil tinggi terhadap jutawan

back back next
Berita bergambar:::2023-05-29T01:44:26

Tindakan undang-undang berprofil tinggi terhadap jutawan

Samuel Bankman-Fried

Sepanjang enam bulan yang lepas, kekayaan jutawan Amerika ini telah berkurang sebanyak $20 bilion. Walau bagaimanapun ini bukanlah perkara terburuk yang berlaku kepada pengasas FTX. Pada akhir tahun 2022, empayar yang mengambil masa empat tahun untuk dibina olehnya runtuh dalam sekelip mata, dan Sam Bankman-Fried menghadapi perbicaraan. Beliau kini dituduh melakukan penipuan yang menceruskan krisis FTX. Walaupun Bankman-Fried mengaku tidak bersalah, beliau berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.

Tindakan undang-undang berprofil tinggi terhadap jutawan

Gary Wang

Gary Wang adalah orang kanan Sam Bankman-Fried serta rakan kongsi dan eksekutif di firma mata wang kripto FTX. Berbeza dengan rakan kongsi, Gary Wang sentiasa merendah diri. Walau bagaimanapun, apabila skandal FTX terbongkar, beliau terperangkap . Bekas jutawantersebut, yang kekayaannya dianggarkan sekitar $6 bilion sebelum kejatuhan FTX, dituduh melakukan penipuan. Beliau mengaku bersalah dan bersetuju untuk bekerjasama dengan penyiasat. Walaupun demikian, Gary Wang berdepan dengan hukuman penjara sehingga 50 tahun.

Tindakan undang-undang berprofil tinggi terhadap jutawan

Elizabeth Anne Holmes

Pada tahun 2003, Elizabeth Anne Holmes yang berusia 19 tahun menubuhkan syarikat penjagaan kesihatan Theranos. Peralatan inovatif syarikat tersebut dijangka menjadi satu kejayaan dalam bidang pengujian darah. Holmes berjaya menarik pelaburan berjuta-juta dolar. Walau bagaimanapun, Theranos terbukti sebagai syarikat palsu. Pendakwaan dibuat terhadap pengasasnya yang mempunyai jumlah $4.5 bilion dalam akaun banknya pada masa itu. Pada akhir tahun 2022, bekas jutawan tersebut dihukum penjara selama 11 tahun.

Tindakan undang-undang berprofil tinggi terhadap jutawan

Nirav Deepak Modi

Ahli perniagaan India Nirav Deepak Modi pernah dikenali sebagai "Raja Berlian." Ramai selebriti antarabangsa mengenakan perhiasan yang diperbuat oleh syarikatnya. Walau bagaimanapun, skandal berlaku pada tahun 2018. India menuduh Nirav Deepak Modi yang mempunyai hampir $2 bilion dalam akaun banknya melakukan penipuan perbankan terbesar dalam sejarah negara tersebut. Beliau menjadi buruan di London untuk seketika tetapi gagal melarikan diri darikeadilan. Beliau kini dipenjarakan di United Kingdom tetapi mungkin akan dihantar pulang ke India.

Tindakan undang-undang berprofil tinggi terhadap jutawan

John Nat Kapoor

Pada awal 1990-an, ahli perniagaan India-Amerika John Kapoor menubuhkan Insys Therapeutics, sebuah syarikat farmaseutikal yang terlibat dalam pengeluaran opioid. Pada tahun 2017, pertuduhan dibuat terhadap jutawan tersebut, dimana kekayaannya melebihi $3 bilion. Beliau dituduh mempromosikan ubat penahan sakit opioid secara haram dengan memberi rasuah kepada pekerja kesihatan. Dalam beberapa bulan, mahkamah mendapati Kapoor bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun 6 bulan.

Tindakan undang-undang berprofil tinggi terhadap jutawan
Kongsi artikel ini:
back back next
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...