
Sasaran pertama yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah dicapai. Pasangan mata wang USD/CHF kini di bawah tekanan. Pasangan mata wang ini diniagakan di bawah penurunan Moving Average (MA) 20 dan 50, yang berperanan sebagai rintangan dan mengekalkan kecenderungan aliran penurunan harga. Indeks kekuatan relatif menurun dan mendorong harga untuk meneruskan kesinambungan aliran menurun.
Dolar AS memadamkan beberapa keuntungan yang dibuat dalam dua sesi sebelum ini, sebagaiamana para pelabur mengambil keuntungan sebelum undian Kongres mengenai rang undang-undang pembaharuan cukai.
Oleh itu, selagi harga 0.9885 berupaya menghalang aliran menaik, adalah diramalkan bahawa akan terdapat satu lagi penurunan harga ke tahap 0.9835 dan 0.9815.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, Stop Loss: 0.9885, Take Profit: 0.9835
Tahap Rintangan: 0.9905, 0.9935, dan 0.9975
Tahap Sokongan: 0.9835, 0.9815, dan 0.9795