
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga sebagaimana rintangan utama terletak pada tahap 113.00. Pasangan mata wang ini melantun dari tahap rendah 112.29 yang dilihat semalam (18 Disember) tetapi masih dihadkan oleh rintangan utama pada tahap 113.00. Pada masa ini, pasangan mata wang USD/JPY diniagakan berhampiran Moving Avergae (MA) 50. Indeks kekuatan relatif berada di atas tahap neutral 50, menunjukkan bahawa lantunan semula harga berkemungkinan akan dilanjutkan untuk sementara waktu.
Walau bagaimanapun, selagi harga tidak menembusi pada tahap 113.00, prospek urusniaga kekal menurun dan pasangan mata wang ini berpotensi untuk diniagakan kembali ke tahap 112.30 untuk bergerak lebih rendah.
Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan dengan ramalan, kedudukan membeli dicadangkan di atas tahap 113.00 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 113.15.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, Stop Loss: 113.00, Take Profit: 112.30
Tahap Rintangan: 113.15, 113.35 dan 113.65
Tahap Sokongan: 112.30, 112.05, dan 111.70