USD/JPY
Pasaran telah diniagakan rendah dalam dagangan jangka panjang. Pada Isnin, tiada terdapat sebarang pergerakkan harga yang ketara diperhatikan kecuali pergerakan harga yang mendatar. Tahap permintaan masing-masing dilihat terletak pada tahap 106.50 dan 106.00, yang akan menghalang pergerakan penurunan harga bagi membolehkan pasangan mata wang ini diniagakan kembali dalam aliran menaik, yang dijangkakan akan berlaku sebelum akhir minggu ini.

Apabila penembusan harga berlaku, pasaran untuk pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan memihak kepada prospek kenaikkan harga, kerana harga kini bergerak ke tahap bekalan pada 107.00, 107.50 dan 108.00. Ini berpotensi untuk membawa kepada Corak Pengesahan Kenaikkan Harga pada carta 4 jam, menandakan kecenderungan aliran menaik.