EUR/JPY
Untuk pasangan mata wang ini, aliran menurun dijangkakan akan berakhir tidak lama lagi pada minggu ini, dan harga berkemungkinan besar akan membuat lonjakan kecil dalam konteks aliran menurun (yang telah berlaku pada 26 Februari), dan akhirnya akan membatalkan Corak Pengesahan Penurunan Harga semasa di pasaran. Prospek dagangan bagi pasangan mata wang JPY adalah menaik untuk minggu ini, dan untuk bulan Mac.

Apabila zon permintaan yang terletak pada tahap 131.50 dan 131.00 diuji - terutamanya pada zon permintaan 131.00, kecenderungan penurunan harga semasa akan mendapat sokongan. Pergerakan harga di atas zon bekalan pada tahap 132.50 dan 133.00 akan memberikan ancaman kepada aliran penurunan harga di pasaran.