
Gambaran Keseluruhan
Pergerakkan harga emas dipengaruhi oleh stokastik yang negatif, menunjukkan kecenderungan penurunan harga buat masa sekarang, walau bagaimanapun EMA50 masih membawa harga dari bawah. Akibatnya, ini membolehkan peluang yang sah untuk kesinambungan aliran menaik yang dijangkakan untuk hari ini dengan sasaran ditetapkan dari tahap 1,365.97 pada mulanya. Oleh itu, kami akan mengekalkan prospek kenaikkan harga kami dengan syarat harga diniagakan stabil di atas tahap 1,335.40. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa penembusan harga pada tahap sasaran ini akan mendorong harga untuk diniagakan ke arah tahap 1,400.00 pada dagangan jangka pendek. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 1,340.00 dan tahap rintangan 1,370.00.