
Gambaran Keseluruhan
Pasangan mata wang GBP/JPY ini berjaya menembusi Moving Average (MA) 55 pada baru-baru ini dalam usaha untuk mengembalikan kecenderungan kenaikkan harga utama. Kami tidak dapat mengesahkan kecenderungan kenaikkan harga sehinggalah pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan awal yang terletak pada tahap 150.80, yang membentuk tahap pembetulan Fibonacci 38.2%. Oleh yang demikian, kami mencadangkan kepada para pedagang untuk memerhatikan tindakan harga pada hari ini. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya momentum positif baru diperoleh dan harga membuat lonjakan menaik di atas tahap rintangan yang disebutkan, ini akan membolehkan harga untuk mensasarkan pergerakkan ke tahap yang lebih tinggi bermula pada tahap 152.80, diikuti dengan penembusan harga pada tahap yang telah direkodkan pada sebelumnya, iaitu pada tahap 156.40. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap 150.80 dan 149.00