Pasangan mata wang USD/CHF ini tidak memperlihatkan sebarang pergerakan harga yang ketara pada semalam. Tiada perubahan dalam gambaran teknikal saya. Kecenderungan pasaran ini kekal menaik pada ujian jangka pendek 0.9656 atau lebih tinggi. Pasangan mata wang USD/CHF ini meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 0.9588 dan 0.9607. Pada hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada 0.9588, harga kini sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga. Selain itu, harga telah ditetapkan di atas sokongan kuat pada tahap 0.9588, yang bertepatan dengan tahap Penarikan Semula Fibonacci 78.6%. Tahap sokongan ini telah ditolak sebanyak beberapa kali sekaligus mengesahkan kecenderungan aliran menaik pada minggu ini. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang USD/CHF ini akan diniagakan di antara tahap 0.9588 dan 0.9656. Oleh yang demikian, sokongan dilihat terletak pada tahap 0.9588, manakala rintangan harian pada tahap 0.9630. Oleh itu, pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan isyarat aliran menaik di sekitar tahap 0.9588. Dengan erti kata lain, para pedagang disyorkan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9588 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9630; dan diikuti pada tahap 0.9656. Sebaliknya, jika pasangan mata wang USD/CHF ini gagal untuk menembusi tahap rintangan 0.9630 pada hari ini, pasaran berpotensi untuk jatuh lebih rendah ke tahap 0.9532 untuk menembusi tahap sokongan utama.