Gambaran Keseluruhan
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 0.7245. Sokongan didapati terletak pada tahap 0.7245 yang mewakili tahap Penarikan Semula Fibonacci 61.8% dalam carta 1H. Harga berkemungkinan besar akan membentuk 'double bottom'. Hari ini, sokongan utama dilihat berada pada tahap 0.7245 manakala rintangan segera pada tahap 0.7302. Sehubungan itu, pasangan mata wang NZD/USD kini dilihat sedang menunjukkan isyarat kenaikkan harga berikutan peenmbusan harga pada tahap tinggi 0.7245. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7245 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7302 untuk membolehkan harga menguji rintangan harian 1 dan bergerak lebih jauh sehingga mencapai ke tahap 0.7332. Juga, tahap 0.7332 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang ini masih diniagakan dalam aliran menaik; oleh yang demikian, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang NZD/USD ini akan membuat lonjakan menaik dari tahap 0.7245 menuju ke tahap 0.7322 dan 0.7342 pada hari ini. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7245, harga diramalkan akan bergerak lebih rendah menuju ke tahap 0.7209 sekaligus menandakan pasaran penurunan harga.