Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 09 April, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-04-09T08:58:10

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 09 April, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 09 April, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Minggu lalu, pasangan mata wang EUR/USD ini telah jatuh mendadak dari tahap 1.2316 ke arah 1.2216. Harga kini ditetapkan pada tahap 1.2278. Berdasarkan kepada carta 1H, rintangan bagi pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat terletak pada tahap 1.2316 dan 1.2377. Adalah perlu diingatkan bahawa volatiliti pasaran adalah sangat tinggi sebagaimana pasangan mata wang EUR/USD ini masih bergerak di antara tahap 1.2316 dan 1.2216 dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Selain itu, tahap harga 1.2316 kekal sebagai zon rintangan yang ketara. Oleh yang demikian, terdapat kebarangkalian bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan diniagakan lebih rendah dan struktur penurunan harga tidak kelihatan seperti pembetulan harga. Untuk menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.2316, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.2316 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.2216 untuk menguji tahap rendah semalam. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi di bawah tahap 1.2216, pasaran berkemungkinan besar akan diniagakan lebih rendah lagi ke arah tahap 1.2186 dan 1.2155 untuk menguji sokongan mingguan 2 dan 3. Juga, perlu diperhatikan bahawa rintangan kecil 1 terletak pada tahap 1.2278 adalah bertepatan dengan titik pangsi harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...