Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang GBP/USD ini meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 1.4060. Minggu lalu, pasangan mata wang ini telah meningkat dari tahap 1.4024 (tahap 1.4024 adalah bertepatan dengan Penarikan Semula Fibonacci 38.2%) menghampiri ke tahap 1.4108. Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada tahap 1.4066, dan diikuti oleh tahap 1.4024, manakala rintangan harian 1 berada pada tahap 1.4110. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang GBP/USD ini masih bergerak di antara tahap 1.4066 dan 1.4168; oleh itu, kami menjangkakan julat dagangan 102 pips (1.4168 - 1.4066). Merujuk kepada carta satu jam, rintangan segera didapati terletak pada tahap 1.4108, yang bertepatan dengan Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Pada masa ini, harga sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh isyarat penunjuk RSI bahawa harga masih dalam pasaran menaik. Harga masih berada di atas Moving Average (100) dan (50), Oleh yang demikian, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama 1.4108, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan melonjak ke arah rintangan harian pada tahap 1.4168 untuk menguji. Adalah penting untuk mempertimbangkan kedudukan untuk meletakkan pesanan stop loss; ini harus ditetapkan di bawah tahap sokongan kedua 1.3972.