Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CHF ini meneruskan dagangan dalam aliran menurun dari tahap 0.9602. Semalam, pasangan mata wang ini telah menyaksikan penurunan harga dari tahap 0.9602 ke bahagian bawah sekitar tahap 0.9540 - 0.9560. Pada hari ini, sokongan pertama didapati terletak pada tahap 0.9540, harga sedang bergerak dalam saluran penurunan harga sekarang. Selain itu, harga telah ditetapkan di bawah rintangan kuat pada tahap 0.9602, yang bertepatan dengan tahap Penarikan Semula Fibonacci 78.6%. Rintangan ini telah ditolak sebanyak beberapa kali sekaligus mengesahkan prospek penurunan harga. Di samping itu, RSI mula menandakan tanda-tanda aliran menurun. Oleh yang demikian, sekiranya pasangan mata wang USD/CHF ini berjaya menembusi sokongan pertama pada tahap 0.9540, pasaran berkemungkinan besar akan bergerak lebih rendah menuju ke tahap 0.9515 untuk menguji sokongan mingguan 2. Akibatnya, pasaran diramalkan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menurun. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 0.9602 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9540 dan diikuti tahap 0.9515. Walau bagaimanapun, pesanan stop loss perlu diletakkan di atas tahap 0.9650.