Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 10 April, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-04-10T09:59:26

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 10 April, 2018

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 10 April, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang NZD/USD ini meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 0.7294. Pasangan mata wang ini telah melonjak naik dari tahap 0.7294 menghampiri ke bahagian atas sekitar tahap 0.7340. Pada hari ini, rintangan pertama didapati terletak pada tahap 0.7375, dan diikuti oleh tahap 0.7436, manakala sokongan harian 1 berada pada tahap 0.7294 (Penarikan semula Fibonacci 50%). Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat masih bergerak di antara tahap 0.7294 dan 0.7436; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan 142 pips. Selain itu, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap rintangan pertama 0.7375, maka harga berkemungkinan besar akan melonjak lebih tinggi sehingga mencapai 'double top' (0.7436) untuk menguji. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7300 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7375 untuk menguji rintangan harian 1 dan selanjutnya ke tahap 0.7436. Selain itu, ia adalah penting untuk dinyatakan bahawa tahap 0.7436 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana pasangan mata wang ini akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7294, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.7151 dijangkakan akan berlaku sekaligus menyatakan pasaran penurunan harga.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...