Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CHF telah menghadapi rintangan yang kuat pada tahap 0.9602 sebagaimana sokongan kini telah bertukar menjadi rintangan pada 12 April, 2018. Oleh yang demikian, rintangan yang kuat telah pun terbentuk pada tahap 0.9602 dan pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan cuba mendekatinya untuk mengujinya semula. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi tahap 0.9602, pasaran diramalkan akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan kuat baru 0.9602 (tahap 0.9602 adalah bertepatan dengan Fiboancci 78.6%). Selain itu, RSI mula menunjukkan aliran penurunan harga, kerana harga masih mengukuh di atas Moving Average (MA) (100) dan (50). Oleh itu, pasaran kini menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.9602, justeru itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 0.9602 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9540. Ini juga akan mendorong pasangan mata wang USD/CHF untuk meneruskan kesinambungan aliran menurun ke arah tahap 0.9515. Sokongan kuat harian dilihat terletak pada tahap 0.9515. Walau bagaimanapun, pesanan stop loss harus selalu diambil kira, ia adalah lebih baik untuk menetapkan pesanan stop loss anda pada tahap 0.9670. Juga, perlu diingatkan bahawa 'double top' dilihat terletak pada tahap 0.9648.