Gambaran Keseluruhan:
Pangsi: 0.7375.
Pasangan mata wang NZD/USD meneruskan dagangan menaik dari tahap 0.7294. Tahap 0.7294 mewakili titik pangsi harian pada carta 4H. Pasangan mata wang ini telah meningkat dari tahap 0.7294 menghampiri ke tahap 0.7375. Sekarang, harga dilihat sedang diniagakan di sekitar tahap 0.7375. Adalah penting untuk diingatkan bahawa tahap rintangan terletak pada 0.7375 dan 0.7436, manakala sokongan harian 1 pada tahap 0.7294 (Penarikan semula Fibonacci 50%). Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih diniagakan di antara tahap 0.7294 dan 0.7436; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan 142 pips pada hari ini. Selain itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.7375, harga berkemungkinan besar akan melonjak lebih tinggi ke arah 'double top' (0.7436) untuk mengujinya. Oleh yang demikian, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7300 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7375 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya tahap 0.7436. Selain itu, tahap 0.7436 adalah merupakan lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7294, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.7151 dijangkakan akan berlaku sekaligus menandakan pasaran penurunan harga.