Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 18 April, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-04-18T09:30:38

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 18 April, 2018

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 18 April, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Titik pangsi dilihat terletak pada tahap 0.7294. Pasangan mata wang NZD/USD ini masih meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 0.7294 dan 0.7436 dalam dagangan jangka panjang. Tahap 0.7294 mewakili titik pangsi harian pada carta 4H. Pasangan mata wang ini meningkat dari tahap 0.7294 menghampiri ke tahap 0.7375. Harga kini diniagakan di sekitar tahap 0.7375. Juga, perlu diingatkan bahawa tahap rintangan terletak pada tahap 0.7375 dan 0.7436, manakala sokongan harian 1 dilihat pada tahap 0.7294 (Penarikan Semula Fibonacci 50%). Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih bergerak di antara tahap 0.7294 dan 0.7436; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan 142 pips. Sementara itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama yang terletak pada 0.7375, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan melonjak lebih tinggi ke arah 'double top' (0.7436) untuk mengujinya. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7300 dengan sasaran pertama ditetapkan pada 0.7375 untuk menguji rintangan harian 1 dan selanjutnya ke tahap 0.7436. Selain itu, adalah penting untuk dinyatakan bahawa tahap 0.7436 adalah merupakan lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana harga diramalkan akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7294, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.7151 dijangkakan akan berlaku sekaligus menunjukkan pasaran penurunan harga.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...