Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CHF ini meneruskan dagangan menaik dari tahap 0.9589. Semalam, pasangan mata wang ini telah menyaksikan lonjakan menaik dari tahap 0.9589 (tahap 0.9589 adalah bertepatan dengan Penarikan Semula Fibonacci 78.6%) menghampiri ke tahap 0.9698. Pada hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada 0.9589 diikuti oleh tahap 0.9503, manakala rintangan harian 1 dilihat berada pada tahap 0.9755. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF ini masih diniagakan di antara tahap 0.9600 dan 0.9755; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan 155 pips (0.9755 - 0.9600). Merujuk kepada carta satu jam, rintangan segera dilihat terletak pada tahap 0.9698, yang bertepatan dengan 'double top'. Pada masa ini, harga dilihat sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh isyarat penunjuk RSI bahawa pasangan mata wang USD/CHF ini masih dalam pasaran menaik. Harga masih diniagakan di atas Moving Average (MA)(100) dan (50), Oleh itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama 0.9755, harga berkemungkinan besar akan meningkat menuju ke arah rintangan mingguan pada tahap 0.9809 untuk mengujinya. Adalah penting untuk mempertimbangkan kedudukan di mana untuk meletakkan pesanan stop loss; ini harus ditetapkan di bawah tahap sokongan kedua 0.9503.