Baru-baru ini, pasangan mata wang GBP/USD telah diniagakan dalam aliran menurun. Susulan daripada pengumuman laporan Indeks Harga Pengguna (IHP), harga telah diniagakan rendah dan menguji tahap 1.4173. Walau bgaimanapun, berdasarkan kepada carta 4H, saya mendapati bahawa terdapat sokongan yang sangat kuat pada tahap 1.4175. Saya juga mendapati Penarikan semula Fibonacci 50% dan lanjutan Fibonacci 161.8% pada tahap yang sama, yang merupakan isyarat bahawa pesanan menjual GBP/USD pada tahap ini adalah sangat berisiko. Pada pendapat saya,jualan klimaks jualan kini telah muncul dan saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang mengambil pesanan membeli yang berpotensi. Sasaran untuk aliran menaik ditetapkan pada tahap 1.4312 dan 1.4375.
Tahap rintangan:
R1: 1.4350
R2: 1.4410
R3: 1.4445
Tahap Sokongan:
S1: 1.4255
S2: 1.4222
S3: 1.4165
Cadangan perdagangan untuk hari ini: Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang mengambil pesanan membeli yang berpotensi.