Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 18 April, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-04-19T01:51:17

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 18 April, 2018

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 18 April, 2018

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menaik. Pasangan mata wang ini meneruskan lantunan semula harga dari tahap rendah 106.87 yang dilihat semalam (17 April). Pada masa ini, harga telah kembali diniagakan ke tahap di atas kedua-dua Moving Average (MA) 20 dan 50. Pada masa yang sama, indeks kekuatan relatif telah melonjak ke tahap 60, menunjukkan bahawa momentum menaik berpotensi untuk mendorong pasangan mata wang ini membuat kenaikkan harga baru. Selagi kecenderungan kenaikan harga dikekalkan, harga dijangka akan kembali semula ke tahap 106.85 untuk aliran menaik (berhampiran tahap tinggi semalam) sebelum mensasarkan harga ke tahap 107.40.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 106.85, dan take profit pada tahap 107.40.

Tahap Rintangan: 107.40, 107.60, dan 107.90

Tahap Sokongan: 106.65, 106.45, dan 106.00.

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...