Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 19 April, 2018

parent
Analisis Forex:::2018-04-20T01:54:18

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 19 April, 2018

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 19 April, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Harga masih diniagakan disekitar tahap 0.7294, yang merupakan sokongan utama pada hari ini. Pasangan mata wang masih cenderung untuk diniagakan dalam aliran menaik pada ujian jangka pendek 0.9736 atau lebih tinggi. Pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat sedang meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 0.7294 dan 0.7436 dalam dagangan jangka panjang. Tahap 0.7294 mewakili titik pangsi harian pada carta 4H. Pasangan mata wang ini melonjak dari tahap 0.7294 menghampiri ke tahap 0.7375. Harga kini diniagakan di sekitar tahap 0.7375. Selain itu, perlu diperhatikan bahawa tahap rintangan terletak pada 0.7375 dan 0.7436, manakala sokongan harian 1 dilihat pada tahap 0.7294 (Penarikan Semula Fibonacci 50%). Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih bergerak di antara tahap 0.7294 dan 0.743. Sementara itu, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.7375, harga berkemungkinan besar akan meningkat mensasarkan ke arah 'double top' (0.7436) untuk menguji. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7300 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7375 untuk menguji rintangan harian 1 dan selanjutnya ke tahap 0.7436. Selain itu, adalah penting untuk dinyatakan bahawa tahap 0.7436 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit kerana ia diramalkan akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7294, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.7151 boleh berlaku sekaligus menyatakan pasaran penurunan harga.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...