Sasaran penurunan pertama yang kami ramalkan dalam analisis terdahulu telah berjaya ditembusi. Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Pasangan mata wang ini telah memperlihatkan penarikan semula harga selepas gagal untuk menguji rintangan utama yang terletak pada tahap 0.7345, yang sepatutnya mengekalkan tekanan jualan. Indeks kekuatan relatif bercampur-campur dengan penurunan harga. Selagi harga tidak menembusi tahap 0.7345, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan pergerakkan harga ke tahap 0.7280 semula. Penembusan harga di bawah tahap ini akan mendorong pasangan mata wang NZD/USD ini untuk membuat penurunan baru ke tahap 0.7255.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 0.7370, 0.7385, dan 0.7425
Tahap Sokongan: 0.7280, 0.7255, dan 0.7215.