Pasangan mata wang USD/CHF telah menembusi rintangan yang bertukar menjadi sokongan kuat pada tahap 0.9772 semalam. Tahap 0.9772 adalah bertepatan dengan Fibonacci 78.6%, yang diramalkan akan bertindak sebagai sokongan utama pada carta 1H hari ini. Oleh yang demikian, sokongan pertama ditetapkan pada tahap 0.9772. Selain itu, RSI mula menunjukkan trend menaik, dan trend masih menunjukkan kekuatan di atas Moving Average (MA)(100). Oleh itu, pasaran menunjukkan peluang kenaikkan harga di atas tahap 0.9772. Pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan isyarat aliran menaik sekitar tahap 0.9772 - 0.9750. Dalam erti kata lain, para pedagang disyorkan untuk mengambil pesanan membeli di atas Fibonacci 78.6% (0.9772) dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9857 untuk menguji 'double top' pada carta yang sama. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 0.9857, pasaran diramalkan akan meneruskan pergerakkan ke sasaran seterusnya yang terletak pada tahap 0.9898. Sokongan kuat harian dilihat berada pada tahap 0.9730. Oleh itu, sekiranya penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.9730, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.