Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD dibuka di bawah titik pangsi mingguan (0.7110). Harga diliha telah meneruskan dagangan dalam aliran menurun dari tahap 0.7110 menghampiri ke bahagian bawah sekitar tahap 0.7072. Hari ini, rintangan pertama didapato terletak pada tahap 0.7148, dan diikuti oleh tahap 0.7195, manakala sokongan harian 1 dilihat berada pada tahap 0.7072. Selanjutnya, Moving Average (MA)(100) mula menunjukkan trend menurun; Oleh itu, pasaran kini menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.7110. Justeru itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 0.7110 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7072. Ia juga akan memanggil aliran menurun untuk meneruskan pergerakkan ke arah tahap 0.7026. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang NZD/USD ini akan diniagakan di antara tahap 0.7110 dan 0.7026 dalam beberapa jam yang akan datang. Kawasan harga 0.7148 kekal sebagai zon rintangan yang signifikan. Oleh itu, trend masih menurun selagi tahap 0.7148 ini tidak ditembusi. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap rintangan 0.7148, maka pesanan stop loss harus diletakkan pada tahap 0.7195.