Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang GBP/USD ini masih diniagakan di sekitar tahap 1.3534 - 1.3485 pada minggu ini. Hari ini, tahap 1.3485 merupakan sokongan harian pada carta 1H. Pasangan mata wang ini telah membentuk tahap rintangan kecil 1.3604 dan rintangan kuat pada tahap 1.3678, sebagaimana ia mewakili rintangan mingguan 1. Oleh yang demikian, rintangan utama dilihat terletak pada tahap 1.3678, manakala sokongan segera didapati pada tahap 1.3485. Sekiranya pasangan mata wang ini menutup di bawah titik pangsi mingguan pada tahap 1.3534, pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan akan meneruskan pergerakan harga ke tahap 1.3485 untuk menguji sokongan mingguan 1. Dari sudut ini, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini bergerak di antara tahap 1.3534 dan 1.3485. Sama pentingnya, RSI masih memanggil pasaran untuk diniagakan lebih rendah dan harga semasa berada di bawah Moving Average (MA) 100. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.3485 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.3422 dan 1.3337 untuk membentuk 'double bottom' baru. Walau bagaimanapun, pesanan stop loss harus selalu diambil kira; Oleh itu, ia adalah lebih baik untuk menetapkan pesanan stop loss di atas gelombang kenaikkan terakhir pada tahap 1.3678.