Gambaran Keseluruhan:
Titik pangsi dilihat terletak pada tahap 0.6917. Pasangan mata wang NZD/USD telah menghadapi rintangan yang kuat pada tahap 0.6935 sebagaimana sokongan telah bertukar menjadi rintangan pada minggu ini. Oleh yang demikian, rintangan yang kuat telah terbentuk pada tahap 0.6935 dan pasangan mata wang ini mungkin cuba untuk mendekatinya untuk menguji semula. Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang ini gagal menembusi tahap 0.6935, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan kuat baru 0.6935 (tahap 0.6935 adalah bertepatan dengan nisbah 23.6% Fibonacci). Selain itu, RSI mula menunjukkan trend menurun, kerana pasangan mata wang ini masih menunjukkan pengukuhan di atas Moving Average (MA)(100) dan (50). Oleh itu, pasaran diramalkan akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.6935, oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 0.6935 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6869. Ia juga akan mendorong aliran penurunan harga untuk meneruskan pergerakkan ke arah tahap 0.9896. Sokongan kuat harian dilihat terletak pada tahap 0.6844. Walau bagaimanapun, pesanan stop loss harus sentiasa diambil kira, justeru itu, adalah menjadi munasabah untuk menetapkan pesanan stop loss anda pada tahap 0.6974 (Penarikan Semula Fibonacci 61.8%).