
Tinjauan Teknikal:
Carta 4-jam menunjukkan bahawa emas kelihatan telah bersedia untuk meneruskan kesinambungan pergerakkan menaik sekurang-kurangnya ke tahap $1,250.00, sekiranya harga tidak mencapai tahap lebih tinggi. Sila ambil perhatian bahawa ini merupakan rali pembetulan dan bukan perubahan trend yang kami jangkakan. Penolakan harga ini juga boleh bergerak ke arah tahap $1,265.00 sebelum ia menemui rintangan seperti yang ditunjukkan di sini. Carta persediaan emas menunjukkan bahawa harga telah menolak 3 gelombang dari $1,211 ke tahap $1,235 dan juga telah diperbetulkan lebih rendah dalam 3 gelombang. Rali gelombang 5 yang berpotensi dari tahap ini dapat menyelesaikan struktur gelombang pembetulan yang mendatar. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa emas sedang mencari sokongan di sekitar tahap Fibonacci 0.618 dan pembalikan kenaikkan harga berkemungkinan besar akan berlaku.
Pelan Dagangan:
Para pedagang disyorkan untuk kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap $1,211, dan sasaran masing-masing pada tahap $1,250 dan $1,265
Tinjauan Fundamental:
Tidak terdapat sebarang laporan fundamental yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini.
Semoga berjaya!