Pasangan mata wang EUR/USD telah ditolak sekali lagi di kawasan rintangan utama pada tahap 1.1730-1.1760. Harga kekal diniagakan dalam corak segi tiga. Kemungkinan selepas mesyuarat ECB pada Khamis, kita akan dapat melihat penembusan harga di atas atau di bawah segitiga yang akan membenarkan kesinambungan pergerakkan penurunan harga ke arah tahap 1.12 atau pembalikan harga ke arah 1.20.

Garis merah - Sokongan RSI
Garis hitam - corak segi tiga
Pasangan mata wang EUR/USD kini diniagakan dalam aliran mendatar. Rintangan kekal mengukuh pada tahap 1.1730-1.1760. Sokongan dilihat terletak pada tahap 1.1590. RSI betul-betul terletak pada garis arah sokongan supaya kita dapat melihat lantunan harga dari kawasan 1.1650. Penembusan harga di atas tahap 1.1730-1.1760 akan membuka jalan untuk harga menolak ke arah tahap 1.21. Penembusan harga di bawah tahap 1.1590 berkemungkinan akan menolak harga untuk diniagakan ke arah tahap 1.13.