Pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah menembusi di atas tahap 1.16 semalam sekaligus memberikan harapan untuk pembalikan kenaikkan harga yang lebih besar dan tahap rendah jangka panjang, walau bagaimanapun harga telah ditolak dan ditarik semula ke bawah tahap 1.16. Kami kini berada di kawasan rintangan utama dan penolakan harga pada tahap ini akan menandakan bahawa pasangan mata wang EUR/USD akan membuat tahap rendah 2018 yang baharu.

Garis merah - garis aliran rintangan
Garis hitam - sokongan
Pasangan mata wang EUR/USD berjaya menolak di atas garis aliran condong menurun dari tahap 1.24, namun gagal untuk menutup di atasnya. Harga telah diniagakan semula pada tahap 1.15 dan ini merupakan tanda positif. Walau bagaimanapun, selagi harga berada di bawah kedua-dua garis aliran merah, kami kekal cenderung terhadap prospek penurunan harga dan memerhatikan pergerakkan di bawah tahap 1.13. Penembusan harga di bawah tahap 1.15 akan meningkatkan kemungkinan untuk perkara ini berlaku. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD berjaya melepasi tahap 1.1650-1.1630, prospek dagangan EUR/USD kami akan menjadi neutral dan sedikit menaik.