Emas telah membuat kenaikan jangka pendek di atas tahap $1,200, walau bagaimanapun harga diramalkan akan bergerak ke arah tahap $1,190 tidak lama selepas ia ditarik semula. Harga telah menembusi di bawah saluran kenaikkan harga jangka pendek dan kini ditarik semula. Kita tidak boleh mengatakan dengan yakin sekiranya tahap rendah utama telah mengambil tempat atau lantunan ini adalah sebahagian daripada penurunan harga lebih besar yang akhirnya akan mendorong emas untuk diniagakan ke arah tahap $1,140.

Garis hijau - saluran menaik
Garis merah - saluran menurun baru
Emas telah membuat penarikan semula harga. Harga perlu mencapai sekurang-kurangnya Penarikan Semula Fibonacci 38% jika bukan pada Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Kenyataan bahawa harga kekal di bawah tahap $1,200 akan meningkatkan kemungkinan senario penurunan harga yang hanya lantunan jangka pendek. Sekiranya emas terus membuat corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah dan jatuh di bawah paras $1,174, kami menjangkakan penembusan harga pada tahap $1,140 akan dilihat. Para pedagang disarankan untuk memerhatikan pasangan mata wang USD/CNY dan bagaimana perbincangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China diteruskan. Lebih banyak tarif ke atas produk China akan meningkatkan peluang penurunan nilai Yuan sekaligua akan menggerakkan Emas lebih rendah kerana ia sangat berkait rapat dengan CNY.